Kejohanan Larian Merentas Desa SKKB 2010

Ahad, 17 Januari 2010




Acara tahunan Larian Merentas Desa peringkat SKKB pada tahun ini berlangsung dengan meriah.

Hampir keseluruhan murid SKKB menyertai larian tersebut pada hari khamis hujung minggu lalu.

Larian murid-murid Pra Sekolah membuka acara kejohanan tersebut.

Kejohanan kali berjalan lancar walaupun dalam keadaan sedikit hujan.


Rata-rata murid menyatakan kegembiraan menjayakan program ini.














Lagi gambar menarik...

Dicatat oleh jqafskkb di 10:32 PTG 0 ulasan  

Majilis Perjumpaan Ibu Bapa dan Penyerahan Wang Zakat Bank Rakyat

Selasa, 12 Januari 2010


Dewan Seri Buloh SKKB hari ini deserikan dengan Majlis Perjumpaan Ibubapa Tahap 2 dan Penyerahan Wang Zakat oleh Bank Rakyat.

Seawal jam 10 pagi para tetamu jemputan memenuhi dewan, yang terdiri daripada guru-guru, ibubapa dan murid-murid tahap 2.

Penyerahan Wang Zakat Bank Rakyat telah disempurnakan oleh En Nasron bin Mohamed Ariff, Ketua Unit Pembiayaan Bank Rakyat kepada Tuan Guru Besar SKKB En Mamat Hashim bin Muda untuk diagihkan kepada murid-murid yang layak...


Ustaz Syed memimpin bacaan doa...


Sebagahagian tetamu yang menyerikan majlis...



Ibubapa yang turut hadir...


Penyerahan Wang Zakat oleh Bank Rakyat...

Dicatat oleh jqafskkb di 8:39 PTG 0 ulasan  

Selamat Tahun Baru 1431 & 2010

Selasa, 5 Januari 2010

Assalamualaikum...

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kita dapat bersua kembali pada tahun ini 1431 hijrah serta 2010 masehi...

Rasanya masih belum terlambat untuk kami j-QAF SKKB mengucapkan selamat tahun baru kepada semua sahabat dan rakan-rakan...

Semoga tahun baru ini akan lebih baik dari tahun-tahun lalu...

Harapan kami semoga kita sama-sama tanamkan semangat dan azam agar lebih berjaya dalam lapangan masing-masing, lebih-lebih lagi dalam mendidik anak bangsa terutamanya dalam menjayakan Program j-QAF yang telah meningkat usia 6 tahun pelaksanaanya...

Untuk makluman semua guru j-QAF...anda boleh mendownload
Rancangan Pelajaran Tahunan Pendidikan Islam Tahun 6 dan Panduaan Pelaksanaan Program j-QAF Tahun 6 dengan menggunakan link di bawah...


RPH Tahun 6
Panduan Pelaksanaan

Dicatat oleh jqafskkb di 6:52 PTG 0 ulasan  
zwani.com myspace graphic comments